PESTA BUKU PERLIS 2009

Dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perlis dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis serta disokong oleh Kerajaan Negeri Perlis


Hari ini merupakan hari terakhir Pesta Buku Perlis 2009. Majlis rasmi cabutan bertuah akan diadakan mulai jam 8.30 malam. Semua pengunjung dijemput hadir untuk mengikuti cabutan berkenaan yang akan diadakan di perkarangan dewan pameran.

Tedapat banyak barangan alaktrik yang ditawarkan dan hadiah paling menarik pastinya sebuah TV Plasma.

Hari minggu sebegini merupakan masa paling sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak mengunjungi Pesta Buku. Sambil membawa anak-anak 'outing' dari asrama atau sekadar menghabiskan cuti hujung minggu, Pesta Buku Perlis antara lokasi yang tidak harus dilepaskan.

Angka kehadiran hari ini cukup membanggakan di mana lebih dari 7000 orang pengunjung telah hadir. Antara yang menarik juga adalah kehadiran Pengarang Cilik berusia 16 tahun, Adik Lala Zehan memeriahkan suasana. Pemalu dan comel orangnya namun begitu bijak dan petah kala berbicara. Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tanda tangan dan bergambar dengan beliau.

Antara acara sampingan lain adalah Pertandingan Melukis untuk Kanak-Kanak yang diadakan di tingkat 1 Dewan SJKC Khoon Aik ini. Sekolah-sekolah yang melakukan kunjungan kali ini adalah SMK Dato' Sheikh Ahmad, SMK Tengku Suleiman dan SM AlMaad, Arau.

Para pelajar dari sekolah-sekolah di negeri Perlis terus setia mengunjungi Pesta Buku. Antaranya SK Sungai Berembang, SK Arau, SK Kampung Serdang dan SMK Syed Ahmad.

Bilangan pengunjung terus mencatatkan peningkatan namun pertembungan tarikh dengan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis mungkin memberi sedikit kesan kepada kehadiran pengunjung

26 JUN 2009

Pesta Buku Perlis hanya mula dibuka mulai jam 10.00 pagi, namun ia telah diserbu oleh para pelajar sekolah-sekolah sekitar Perlis sejak jam 8.30 pagi lagi. Namun para pelajar hanya boleh mengunjungi kedai-kedai makanan dan lain-lain di luar dewan pameran kerana para peserta masih belum membuka 'booth' masing-masing untuk pameran dan jualan.










Anak-anak pelajar sedang berkumpul dan berbaris sebelum memasuki Dewan Pameran. Para pelajar dari Sekolah Rendah Al-Furqan, Jejawi kelihatan begitu tampan dan segak dengan jubah masing-masing. Apa yang membanggakan, setiap hari sekolah ini menghantar para pelajarnya mengikut kelas dan tahap yang berbeza untuk mengikuti Pesta Buku sejak hari pertama hingga kini.

Antara sekolah yang mengunjungi Pesta Buku hari ini adalah SK Pauh, SK Felda Mata Air, SK Tambun Tulang, SK Jalan Raja Syed Alwi, SMK Putra, SMT Arau, SM AlMAAD, SK Batu Bertangkup, SK Changkat JAwi, SK Kuala Perlis dan SK Seri Tunjong.

Kelihatan juga dalam gambar di bawah para pengunjung sedang sibuk mengisi borang cabutan bertuah.

Pelbagai gelagat dan karenah pengunjung dan penjual yang 'beraksi' dalam proses jual beli berlaku di dewan ini. Para penjual sibuk menawarkan barangan dan promosi barangan sementara para pengunjung pula sibuk memilih produk terbaik untuk mereka.

Sesi pagi ini agak sibuk dengan kehadiran pelbagai sekolah iaitu SK Seri Perlis, SK Guar Nangka, SK Panggau, SK Padang Kota, SK Santan, SK Beseri, SK Pendidikan Khas Kangar, SMK Derma, SMK Perlis, SMK Tengku Suleiman (Pend. Khas), SMK Agama Arau, SK Dato' Kayaman, SK Ujong Batu dan SR Islam Al-Furqan.

Kehadiran para pelajar ini memeriahkan suasana dan kesesakan memang tidak dapat dielakkan. Untuk mengharungi perjalanan dari booth pertama hingga ke booth ke 54 memakan masa hampir setengah jam. Apa pun, ianya menunjukkan kecintaan kepada buku/ilmu kian bercambah di kalangan generasi pemimpin masa depan ini.



25 JUN 2009

Perjalanan Pesta Buku hari ini berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Pada jam 9.00 pagi, Pesta Buku Perlis 2009 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Radzi bin Tan Sri Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Kangar yang mewakili YAB Menteri Besar Perlis.

Di antara tetamu kenamaan lain adalah YB Dr. Por Choo Chor, ADUN Indera Kayangan, Tn. Hj. Md. Soki b. Hashim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Perlis dan En. Fadli b. Abd. Aziz mewakili Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Turut hadir adalah wakil dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri-Negeri seluruh Malaysia.

Dalam majlis berkenaan, 2 penaja utama iaitu HPA Industries Sdn. Bhd. (diwakili Pengurus Besar Pembangunan Korporat HPA, Tuan Haji Fisal bin Ahmad Tajudin) dan wakil dari ES Exhibition turut menyampaikan penajaan masing-masing.


LALA ZEHAN BERSAMA ANDA

Adik Lala Zehan merupakan penulis novel termuda di Malaysia. Buku pertama berliau telah diterbitkan sewaktu beliau berumur 14 tahun. Beliau merupakan penuntut Tingkatan 4 ST1. Buku-buku beliau merupakan suatu fenomena baru di kalangan remaja khasnya dan mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada para pembaca berumur 9 - 15 tahun.

Beliau akan hadir ke Pesta Buku Perlis pada 28 Jun 2009 (Ahad) di booth No. 42. Peminat-peminat Lala Zehan bolehlah berkunjung dan mendapatkan tandatangan adik Lala Zehan pada hari berkenaan.