Hari minggu sebegini merupakan masa paling sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak mengunjungi Pesta Buku. Sambil membawa anak-anak 'outing' dari asrama atau sekadar menghabiskan cuti hujung minggu, Pesta Buku Perlis antara lokasi yang tidak harus dilepaskan.
Angka kehadiran hari ini cukup membanggakan di mana lebih dari 7000 orang pengunjung telah hadir. Antara yang menarik juga adalah kehadiran Pengarang Cilik berusia 16 tahun, Adik Lala Zehan memeriahkan suasana. Pemalu dan comel orangnya namun begitu bijak dan petah kala berbicara. Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tanda tangan dan bergambar dengan beliau.
Antara acara sampingan lain adalah Pertandingan Melukis untuk Kanak-Kanak yang diadakan di tingkat 1 Dewan SJKC Khoon Aik ini. Sekolah-sekolah yang melakukan kunjungan kali ini adalah SMK Dato' Sheikh Ahmad, SMK Tengku Suleiman dan SM AlMaad, Arau.
JUMLAH PENGUNJUNG
Hari 1 : 1648 orang
Hari 2 : 2841 orang
Hari 3 : 3288 orang
Hari 4 : 4195 orang
Hari 5 : 4675 orang
Hari 6 : 7683 orang
Hari 7 : ........ orang
Hari 1 : 1648 orang
Hari 2 : 2841 orang
Hari 3 : 3288 orang
Hari 4 : 4195 orang
Hari 5 : 4675 orang
Hari 6 : 7683 orang
Hari 7 : ........ orang
Welcome
Pesta Buku Perlis 2009 merupakan pesta kali ketujuh yang akan diadakan di Dewan SJKC Khoon Aik, Kangar, Perlis. Pesta ini akan berlangsung selama 7 hari bermula dari 23 Jun 2009 hingga 29 Jun 2009 dan akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis. Ia dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perlis dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan disokong oleh Kerajaan Negeri Perlis. Badan Kebajikan BTPN Perlis dilantik sebagai pengurus acara untuk pesta ini. Penaja Utama pesta ini adalah HPA Industries dan ES Exhibition.
Pihak penganjur akan menyediakan sebanyak 54 buah ruang pameran (booth). Pelbagai jenis buku dalam Bahasa Melayu,Inggeris dan lain-lain bahasa juga barangan IT dan program-program pendidikan untuk semua peringkat dari pelbagai penerbit dan syarikat akan dipamer dan dijual kepada pengunjung.
Selain pameran buku, pihak penganjur akan mengatur beberapa aktiviti sampingan oleh pelajar sekolah bagi memeriahkan lagi sambutan pesta ini.
Berdasarkan rekod sambutan pengunjung pada tahun-tahun sebelum, tahun 2009 ini pihak penganjur menjangkakan lebih dari 30,000.00 pengunjung akan melawat pesta ini.Beberapa sesi pengiklanan akan dijalankan oleh pihak penganjur seperti hebahan ke seluruh sekolah Perlis, masjid, jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain. Hebahan melalui radiodan TV1 serta TV3 juga sedang dijalankan bagi membantu memeriahkan lagi kunjungan ke pesta ini.

Blog Archive
-
▼
2009
(14)
-
▼
June
(14)
- CABUTAN BERTUAH
- HARI KEENAM
- HARI KELIMA
- HARI KEEMPAT
- FOTO SEKITAR HARI KE-3 PESTA BUKU PERLIS
- HARI KETIGA
- APA YANG MENARIK_2 ???
- APA YANG MENARIK_1 ???
- HARI KEDUA
- HARI PERTAMA - SESI PAGI
- PELAN KEDUDUKAN BOOTH
- SEHARI SEBELUM PESTA BUKU
- SENARAI PESERTA PESTA BUKU
- MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PESTA BUKU
-
▼
June
(14)
Labels
- APA YANG MENARIK (2)
- HARI KEDUA (1)
- HARI KEEMPAT (1)
- HARI KETIGA (2)
- HARI PERTAMA (1)
- MAKLUMAN UMUM (4)
Posted by
PESTA BUKU PERLIS 2009
Sunday, June 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)