PESTA BUKU PERLIS 2009

Dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perlis dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis serta disokong oleh Kerajaan Negeri Perlis


Hari ini merupakan hari terakhir Pesta Buku Perlis 2009. Majlis rasmi cabutan bertuah akan diadakan mulai jam 8.30 malam. Semua pengunjung dijemput hadir untuk mengikuti cabutan berkenaan yang akan diadakan di perkarangan dewan pameran.

Tedapat banyak barangan alaktrik yang ditawarkan dan hadiah paling menarik pastinya sebuah TV Plasma.

Hari minggu sebegini merupakan masa paling sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak mengunjungi Pesta Buku. Sambil membawa anak-anak 'outing' dari asrama atau sekadar menghabiskan cuti hujung minggu, Pesta Buku Perlis antara lokasi yang tidak harus dilepaskan.

Angka kehadiran hari ini cukup membanggakan di mana lebih dari 7000 orang pengunjung telah hadir. Antara yang menarik juga adalah kehadiran Pengarang Cilik berusia 16 tahun, Adik Lala Zehan memeriahkan suasana. Pemalu dan comel orangnya namun begitu bijak dan petah kala berbicara. Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tanda tangan dan bergambar dengan beliau.

Antara acara sampingan lain adalah Pertandingan Melukis untuk Kanak-Kanak yang diadakan di tingkat 1 Dewan SJKC Khoon Aik ini. Sekolah-sekolah yang melakukan kunjungan kali ini adalah SMK Dato' Sheikh Ahmad, SMK Tengku Suleiman dan SM AlMaad, Arau.

Para pelajar dari sekolah-sekolah di negeri Perlis terus setia mengunjungi Pesta Buku. Antaranya SK Sungai Berembang, SK Arau, SK Kampung Serdang dan SMK Syed Ahmad.

Bilangan pengunjung terus mencatatkan peningkatan namun pertembungan tarikh dengan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis mungkin memberi sedikit kesan kepada kehadiran pengunjung

26 JUN 2009

Pesta Buku Perlis hanya mula dibuka mulai jam 10.00 pagi, namun ia telah diserbu oleh para pelajar sekolah-sekolah sekitar Perlis sejak jam 8.30 pagi lagi. Namun para pelajar hanya boleh mengunjungi kedai-kedai makanan dan lain-lain di luar dewan pameran kerana para peserta masih belum membuka 'booth' masing-masing untuk pameran dan jualan.










Anak-anak pelajar sedang berkumpul dan berbaris sebelum memasuki Dewan Pameran. Para pelajar dari Sekolah Rendah Al-Furqan, Jejawi kelihatan begitu tampan dan segak dengan jubah masing-masing. Apa yang membanggakan, setiap hari sekolah ini menghantar para pelajarnya mengikut kelas dan tahap yang berbeza untuk mengikuti Pesta Buku sejak hari pertama hingga kini.

Antara sekolah yang mengunjungi Pesta Buku hari ini adalah SK Pauh, SK Felda Mata Air, SK Tambun Tulang, SK Jalan Raja Syed Alwi, SMK Putra, SMT Arau, SM AlMAAD, SK Batu Bertangkup, SK Changkat JAwi, SK Kuala Perlis dan SK Seri Tunjong.

Kelihatan juga dalam gambar di bawah para pengunjung sedang sibuk mengisi borang cabutan bertuah.

Pelbagai gelagat dan karenah pengunjung dan penjual yang 'beraksi' dalam proses jual beli berlaku di dewan ini. Para penjual sibuk menawarkan barangan dan promosi barangan sementara para pengunjung pula sibuk memilih produk terbaik untuk mereka.

Sesi pagi ini agak sibuk dengan kehadiran pelbagai sekolah iaitu SK Seri Perlis, SK Guar Nangka, SK Panggau, SK Padang Kota, SK Santan, SK Beseri, SK Pendidikan Khas Kangar, SMK Derma, SMK Perlis, SMK Tengku Suleiman (Pend. Khas), SMK Agama Arau, SK Dato' Kayaman, SK Ujong Batu dan SR Islam Al-Furqan.

Kehadiran para pelajar ini memeriahkan suasana dan kesesakan memang tidak dapat dielakkan. Untuk mengharungi perjalanan dari booth pertama hingga ke booth ke 54 memakan masa hampir setengah jam. Apa pun, ianya menunjukkan kecintaan kepada buku/ilmu kian bercambah di kalangan generasi pemimpin masa depan ini.



25 JUN 2009

Perjalanan Pesta Buku hari ini berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Pada jam 9.00 pagi, Pesta Buku Perlis 2009 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Radzi bin Tan Sri Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Kangar yang mewakili YAB Menteri Besar Perlis.

Di antara tetamu kenamaan lain adalah YB Dr. Por Choo Chor, ADUN Indera Kayangan, Tn. Hj. Md. Soki b. Hashim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Perlis dan En. Fadli b. Abd. Aziz mewakili Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Turut hadir adalah wakil dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri-Negeri seluruh Malaysia.

Dalam majlis berkenaan, 2 penaja utama iaitu HPA Industries Sdn. Bhd. (diwakili Pengurus Besar Pembangunan Korporat HPA, Tuan Haji Fisal bin Ahmad Tajudin) dan wakil dari ES Exhibition turut menyampaikan penajaan masing-masing.


LALA ZEHAN BERSAMA ANDA

Adik Lala Zehan merupakan penulis novel termuda di Malaysia. Buku pertama berliau telah diterbitkan sewaktu beliau berumur 14 tahun. Beliau merupakan penuntut Tingkatan 4 ST1. Buku-buku beliau merupakan suatu fenomena baru di kalangan remaja khasnya dan mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada para pembaca berumur 9 - 15 tahun.

Beliau akan hadir ke Pesta Buku Perlis pada 28 Jun 2009 (Ahad) di booth No. 42. Peminat-peminat Lala Zehan bolehlah berkunjung dan mendapatkan tandatangan adik Lala Zehan pada hari berkenaan.










MOY PUBLICATIONS


Booth MOY Publications yang merupakan booth terakhir sepanjang laluan adalah antara booth pilihan para pelajar sekolah. I menjual pelbagai barangan khasnya majalah keluaran MOY Publications.

MOY menerbitkan beberapa majalah seperti Ujang, Ambo dan lain-lain. Kartunis dari MOY, 'Papan' turut hadir bersama sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Perlis pada tahun ini. Kartunis-kartunis terkenal lain juga akan turut hadir pada hari Jumaat hingga Ahad ini.

24 Jun 2009

Hari kedua Pesta Buku Perlis berjalan lancar dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat khasnya para pelajar sekolah. Hari ini 7 buah sekolah telah berkunjung, diantaranya adalah SK Felda Rimba Mas, SK Padang Besar (U), SK Oran, Sek. Rendah Islam Al-Furqan, SK Jelempok, SK Jejawi dan SMK Perlis.

Antara kenamaan yang turut hadir adalah Yang Berhormat En. Mat bin Hasan, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis. Turut hadir adalah Penolong Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), En. Fadli bin Abd. Aziz.

23 Jun 2009

Sesi pagi hari pertama ini berjalan dengan lancar di mana semua booth telah bersedia untuk menerima pengunjung bermula jam 10.00 pagi. Pengunjung yang hadir masih agak kurang tetapi ia adalah perkara biasa pada hari pertama mana-mana penganjuran khasnya penganjuran pesta berbentuk 'akademik' berbanding pesta-pesta kesenian/keramaian.

Sejumlah 6 buah sekolah telah melakukan lawatan iaiatu SK Panggas, SK Bintong, SK Behor Empiang, SK Putra dan SK Bukit Keteri.









Booth MOY yang menjual majalah Ujang, AMBO dan lain-lain paling menarik perhatian para pelajar untuk mendapatkan pelbagai buku/komik dalam harga yang murah dan berpatutan. Para pembeli yang membeli apa sahaja barangan sempena Pesta Buku ini boleh menyertai CABUTAN BERTUAH dengan syarat mempunyai resit pembelian dan tanpa apa-apa syarat berhubung jumlah pembelian.

Peserta-peserta sedang sibuk memasukkan barangan, mengemas dan menyusun barangan masing-masing di booth yang disediakan.



Terdapat pertambahan penyertaan dalam Pesta Buku Perlis 2009 di mana terdapat 54 buah booth dari 28 buah syarikat yang menyertai Pesta Buku. Antaranya adalah :

HPA INDUSTRIES SDN. BHD.
ASFI PUBLICATIONS SDN BHD
MOY PUBLICATIONS SDN BHD
E BIZNET ENTERPRISE
GROLIER (M) SDN BHD
UNIK DIDIK SDN BHD
PUSTAKA YAMIEN SDN BHD
CERDIK PUBLICATIONS SDN BHD
PENERBITAN SERIBU DINAR SDN BHD
HASRAT SARI SDN BHD
KEDAI BUKU BANGGOL
IQRA' BOOKS
PUSTAKA SHAH
EZRA SANDERS EDUCATOR SDN BHD
EZ MATH
LINGUAPHONE - WAN AHMAD
RHYTHM PUBLISHING
UNIVERSITI M PERLIS
SASBADI SDN. BHD.
LINGUAPHONE - RAMESH
DARUL FIKIR
EMS WAY MARKETING
IT BIZ TECHNOLOGY ENT.
LEAD SYSTEM (M) SDN BHD
PUSTAKA HABIBI
YAYASAN DAKWAH ISLAMIYAH (M)
KASSIM BOOK STORE
ANBAKRI PUBLIKA SDN. BHD.

19.06.2009, Bilik Mesyuarat BTPN Perlis

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pesta Buku Perlis 2009 diadakan bagi mendapatkan maklum balas dan laporan berkaitan Jawatankuasa dan tanggung jawab masing-masing.

Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Md. Zailani bin Md. Shah, Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesat Buku Perlis 2009 dan dihadiri oleh semua Pengerusi Jawatankuasa Kerja.

Setakat ini semua 54 buah booth telah penuh ditempah oleh syarikat-syarikat yang menyertai Pesta Buku Perlis. Promosi giat dijalankan menerusi pelbagai media cetak dan elektronik seperti TV1 dan TV3 (crawler text) dan Radio Malaysia Perlis. Banner juga telah dipasang di pelbagai lokasi strategik di seluruh negeri Perlis.